Tuesday, April 20, 2010

Dia sebaik baik perancang

dalam dunia ini tiada sesiapa dapat menentukan apa akan jadi pada hidupnya tapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan melakukan yang terbaik. jikalau Allah mengatakan tidak, maka tidak akan terjadilah walau sekuat mana usaha kita. tapi, semua itu haruslah disertakan dengan doa dan tawakal kerana Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

kadang2 saya terfikir
'apakah jalan yang diambil itu benar2 yang terbaik?'
'apakah soalan yang akan diajukan jika aku buat ini, atau ini?'
'dapat pahalakah? dapat ubah dunia ke?'

insyaAllah semua itu ketentuan Allah sahaja yang tahu. amanah dan tanggungjawab kita didunia ini tidak pernah berakhir hinggalah saat kita kembali kepadaNya dan insyaAllah segala amalan yang dilakukan akan dihisab di hari pembalasan insyaAllah.

suasana hari pembalasan tidak lah dapat kita bayangkan dan tak tercapai dek akal insan yang lemah ini. namun, ia adalah rukun iman yang harus kita percaya dan yakin. saya ngaku, bukan mudah untuk melakukan benda yang baik ni. benda baik manusia akan pandang pelik dan unik tapi bila ada yang membuat perkara tidak baik mereka mengaggungkan perkara tersbut. itulah dinamakan dunia akhir zaman. saya sedih dan saya teringin menjadi isteri Rasulullah. adakah salah? siapa tidak. namun, jauh sama sekali dibanding iman dan aqidah kita dengan para sahabiah kita di zaman itu. masyaAllah.

wanita adalah fitnah dunia

adakah kita ingin digolongkan dalam golongan ini? nauzubillah. sesungguhnya, ramai dikalangan umat islam itu sendiri tahu hukum hakam dan perbatasan dalam pergaulan namun, mereka tidak mengambil berat. adakah hebat berpelukan bukan mahram? adakah hebat mereka menyuarakan suara hati 'aku rindukannya' 'aku ingin bersamanya' di facebook dan lain-lain lagi. adakah hebat berstudy group dengan pasangan masing2? sweet sangat ke? jawapan itu masing2 sahaja yang tahu.

pernah sekali mak usrah saya cakap, ''jalan dakwah tu tidak mudah, dan susah untuk kita capai kejayaan. kita haruslah berusaha sebab insyaAllah kita akan dapat kejayaannya tak kiralah samada sekarang atau kemudian" (ayat diedit2 hehe) serius saya ngaku bukan mudah dan saya tidak pernah melakukan dakwah secara besar-besaran. setakat kawan2 adalah dan insyaAllah dengan effort ini saya dapat membawa mereka kejalan yang lurus.

setakat ini saja. harap usaha dakwah masih dapat dijalankan tidak kira dimana dan sesiapa. statement ini untuk semua orang ye. kita same2 khalifah kat dunia ni. ^_^V.. hehe insyaAllah.

positive thinker,
afiqah =D

No comments:

Post a Comment