Sunday, April 4, 2010

tutur bicara

percakapan atau perbualan sudah tentu menjadi element utama dalam hidup ini. bukan sebarang tutur boleh kita luah atau ekspresi tetapi setiap apa yang ingin dikatakan mestilah bersesuaian. jujur, saya tak pandai nak berbahasa dan kadang2 penggunaan ayat atau perkataan boleh menimbulakan isu. namun, masih dalam prosess belajar. (*cough* xminat bahasa *cough*). tetapi dalam setiap percakapan itu haruslah jujur barulah jadi anak yang soleheh. sekali lagi jujur saya katakan bahawa saya teringin nak tulis blog yang canggih manggih seperti kawan2 saya tapi xreti. huhu sekali lagi *cough* xminat bahasa *cough*.

orang zaman sekarang ntahlah, kadang2 bangga dengan perkataan SIOT, sengal, etc etc dan kadang2 perkataan itu disebut dengan kuat bangga dan qalqalah yang tebal. contoh ayat "cantik SIOT!!" (ok, sila beri penekanan kat word tu) ntahlah, tak dinafikan kadang2 ok kadang2 ye saya TERguna ayat tu. tapi saya tak nak lah sebut dah perkataan2 tu, tak comel gebu cantik molek montel ok dah. hehe ha lagi satu DOH. cantik DOH ! kalau OH boleh terima lagi tau, ni DOH. perempuan tolonglah jangan cakap DOH, buruk beno bunyinya. Heh

tu yang buat saya hairan tu. muka cantik, tapi perkataan.. adusss~ xnak cakaplah. hmm.. jagalah setiap tutur bicara kita, sebab tu yang menghias dan menggambarkan siapa diri kita sebenar. orang cakap, apa tah pepatah tu tapi lebih kurang la, kalau luka dalaman lagi sakit and lambat sembuh dari luka luaran. hehe betul la tu kot. paham2 la ye.

ok cuti dah habis, mari belajar! (suara xikhlas) huhuuhu
papepon, moga gembira selalu. post ni tak ada kaitan dengan sesiapa tapi kalau terasa, pergi check hormone. hehe bye. salam

No comments:

Post a Comment